Apakah itu Cinta?
Apakah itu Cinta? Adakah ia satu dusta? Atau adalah jenaka sandiwara Mungkin ia adalah satu permainan untuk dua Bagi yang mereka suka-sama-suka. Akan tapi mungkin akan jadi penipuan/rekaan semata-mata. Yang pastinya, cinta datang dengan tiba-tiba Tiada siapa tahu bila dan bagaimana Ia datang dengan penuh cahaya.... (cayalah!) Membuat hidup ini ada maknanya. Namun, ia juga boleh pergi dengan begitu sahaja, Tiada "previu", tiada "signs", semuanya tanpa diduga, Yang tinggal hanyalah jiwa kosong yang sedang merana. Cinta bukanlah satu racun yang biasa. Kerana ia masih tidak mempunyai penawarnya. Inginku jadi mamat yang mulut berbunga-bunga, Mengorat amoi-amoi hanya dengan kata-kata. Namun aku masih lagi percaya, Si "The One" masih tetap ada. Bersembunyi dariku dalam dunia. Moga-moga ku dapat mencarinya. Tak kira di mana dia berada. Semoga semua baik-baik dan bahagia.